Sebelum pulang ke rumah kami, Amsyar
sempat membawa aku untuk makan malam di sebuah restoran.
“ Kenapa abang asyik sangat tengok Sya ni
? Sya ada buat salah ke dengan abang ?” soal aku bertalu-talu. Matanya tajam
merenung aku. Pandangan Amsyar kadang kala dapat memukau. Aku tahu melalui
lirikan itu penuh dengan rasa kasih dan cinta yang melimpah ruah. Walaupun
perkahwinan ini menjangkau hampir setahun ia tetap tidak mengubah tabiat Amsyar
yang satu iaitu suka melirik dan merenung aku tajam. Aku kadang-kadang berasa
serba salah. Pandangannya itu amat sukar untuk ditafsirkan oleh aku.
“ Sya tak pernah buat salah dengan abang.
Abang suka tengok Sya. Kalau boleh abang nak tengok Sya puas-puas malam ni. Sya
bidadari abang. Abang takkan jemu pandang bidadari abang ni. Abang takut esok
abang dah tak mampu nak tengok Sya macam ni..,”kata-kata Sya menyebabkan suapan
aku terhenti. Aku takut kehilangan Amsyar. Aku raih tangan Amsyar. “Kenapa
abang cakap macam ni?Sya tak sukalah dengar abang cakap macam ni..,” intonasi
suara aku sudah berubah. Aku marah dengan sikap Amsyar yang suka menguji
perasaan aku. Aku tayang wajah masam menunjukkan tanda protes.
“
Ala, merajuklah pulak bidadari abang ni. Sayang kata nak temankan abang ke
syurga ALLAH. Kalau seorang isteri nak ke syurga ALLAH mana boleh bermasam muka
dengan suaminya. Senyumlah wahai bidadariku, Nur Haura Isytihad,”ucap Amsyar
penuh romantis perlahan menyapa halwa pendengaran. Tangannya kemas meramas
tanganku. Amsyar tahu aku seorang yang mudah kalah dengan pujuk rayunya. Aku
lantas mengukir senyuman untuk Amsyar.
Ya ALLAH kekalkanlah perkahwinan ini hingga syurga-Mu.
Usai mengemas meja makan, aku melabuhkan
duduk di sofa sambil ralit memandang ke sekeliling. Baru aku teringat akan
surat tawaran daripada Universiti Malaysia Sabah untuk menyambung pelajaran ke
peringkat Master. Alhamdulillah. Tapi aku masih belum berbincang dengan Amsyar
mengenai tawaran ini. Aku bimbang Amsyar akan menghalang aku untuk menerima
tawaran ini.
Dalam aku ura-ura untuk membuat panggilan
kepada ibu dan ayah. Aku dikejutkan dengan kedatangan beberapa orang rakan
sekerja Amsyar. Aku kaget dengan kedatangan mereka.
“ Assalamualaikum Puan Haura,” ucap salah
seorang daripada mereka. “Waalaikumsalam,” pandangan aku lemparkan kepada
mereka. Aku dapat meneka ada perkhabaran buruk untuk aku melalui raut wajah
yang terlukis. Ya ALLAH kuatkan aku.
“ Kami ada perkhabaran buruk mengenai
suami puan. Suami puan terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi,” jatuh melorot
aku ke lantai mendengarkan perkhabaran itu. Badan aku seolah-olah menggigil.
Aku merasakan separuh daripada nyawa aku dibawa pergi. Empangan air mata yang
cuba ditahan tidak mampu aku bendungkan. Aku cuba untuk kuat tapi aku tidak
mampu. “Abang…Abang…,” itu kata-kata akhir sebelum pandangan aku menjadi gelap.
No comments:
Post a Comment