“ Kau siapa? Aku tak kenal kau,” suara itu
kedengaran lemah namun merobek hati aku yang kian parah. “ Sya isteri abang.
Sya isteri abang. Nur Haura Isytihad.” Kata aku perlahan sambil air mata makin
laju membasahi pipi. Mak yang berada di sebelah aku makin bingung dengan
kondisi Amsyar.
“ Kau keluar sekarang. Aku tak kenal kau.
Aku tak ada isteri. Kau keluar,” lantang Amsyar menjerit ke arah aku. Kata-kata
yang ditutur umpama cuka yang disimbah pada luka yang makin parah di hati aku.
Aku isteri dia. Aku isteri dia,ALLAH. Mak memeluk aku erat. Air mata yang
mengalir tidak kurang lebat juga. Doktor yang merawat Amsyar kembali
sementelahan mendengar jerit pekik Amsyar menghalau aku keluar.
“ Puan sila keluar dulu. Biarkan Doktor
Yousoff merawat Encik Amsyar,” pinta jururawat itu perlahan sambil mengiring
aku keluar. Berat kaki ini untuk melangkah meninggalkan ruangan itu. Mata aku
tidak putus-putus memandang ke arah Amsyar. Amsyar masih kelihatan bingung
dengan keadaannya. Kadang-kadang kelihatan dia seolah menggelisah di atas katil
hospital itu.
“ Sya sabar ya. Mak tahu Sya kuat. Walau
apapun berlaku, Sya kena terima dengan redha dan berlapang dada.” Mak mertua
aku tidak putus-putus meniupkan kata semangat untuk aku. ‘ Khalifah kecil bonda…Doakan bonda supaya
bonda kuat,ya sayang. Bonda sayang babah sangat-sangat.’ getus hati kecil aku.
Pandangan aku makin kabur dan kelam.
“ Sya..Sya..kenapa ni..?”itulah kalimat
terakhir yang sempat singgah di halwa telinga aku sebelum aku rebah tidak
sedarkan diri.
“ Keadaan kandungan Puan Haura sekarang
amat lemah sekali. Risiko untuk mengalami keguguran tinggi. Saya harap puan
dapat menasihati Puan Haura untuk banyakkan berehat dan jangan biarkan dia
dalam keadaan stres. Keadaan yang tertekan akan beri kesan kepada kandungan
Puan Haura. Saya minta diri dulu.” Kata-kata doktor itu menyentakkan aku. Ya.
Keadaan sekeliling memaksa aku begini.
“ Sya dah dengar kan doktor tu cakap apa.
Sya kena banyak berehat. Jangan fikir macam-macam,” pesan ibu perlahan. Pasti
ibu datang ketika aku dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mak mertua aku masih
lagi setia di samping aku. Riaknya menggambarkan kebimbangan terhadap kondisi
aku. Aku masih lagi tertanya-tanya bagaimana keadaan Amsyar.
“ Ibu dah buat keputusan demi kebaikan Sya
dan kandungan.”
“ Keputusan apa ibu?”
“ Sya ikut ibu balik ke Pulau Pinang
sampai Sya selamat melahirkan.”
“ Ibu cakap apa ni?Ibu kan tahu Sya isteri
kepada Abang Amsyar. Tempat Sya di sini, di sisi abang,” aku kecewa dengan
keputusan ibu. Bagiku keputusan ini terlalu drastik buat aku. “ Betul cakap ibu
Sya tu. Keadaan Sya pun makin lemah. Eloklah Sya tinggal dekat sana sampai Sya
bersalin.” Tutur ibu mertua aku sambil mengusap lembut bahu aku.
“ Kalau Sya tinggal dengan
ibu..Amsyar..Amsyar bagaimana ibu?”
“ Tentang Amsyar tak perlulah Sya bimbang.
Kami dah buat keputusan nak bawa Amsyar balik ke Kuantan setelah rawatan Amsyar
tamat,” Ya ALLAH makin jauh jarak yang Kau ciptakan. Aku di Pulau Pinang dan
Amsyar kembali ke Kuantan. Semakin hiba aku dengan keputusan itu.